Tuesday, September 13, 2011

Saham Dunia dan Akhirat...

My Happy Family....
Semua berkumpul....
Gossip2 hari raya...

Alhamdulillah.....harta duniawi...

Saham Dunia dan Akhirat Keduaku.....

Saham Dunia dan Akhirat Pertamaku...

Pemegang2 Saham ...



Assalamualaikum semua...

Seperti biasa akan memang mengambil masa utk update blog..maklumlah, amat sibuk sekarang..peperiksaan PMR yg makin hampir d due date gak semakin hampir..
Insyaallah, bulan Nov nnti akan bertambah lg bilangan ahli keluarga...InsyaAllah akan bertambah lagi legasi Zafran..@ Boboiboy!...terasa cepat masa berlalu..masih teringat zaman bercinta ngan hubby masa kat uni dulu...kuikui.pejam celik dah nak masuk 3 org anak dah..ermmmm...how time flies kan...semua kawan2 pun majoriti dah menjawat jawatan mama n ayah ni...

Bila memikirkan bilangan ahli keluarga yg makin bertambah...terpikir plak, adakah kita sebagai mak ayah ni dah bersedia utk memikul tanggungjawab yang amat berat ini..nak membesarkan anak2 sehingga semua berjaya dunia dan akhirat mcm mak n ayah kita lalui...?...kalu bleh taknaklah anak2 turut berhutang dgn PTPTN bila nk melanjutkan pelajaran nnti...semua persediaan tu mesti bermula dr sekarang.....Alhamdullilah, kami sekeluarga telah memiliki sebuah rumah utk berteduh yang menjadi keperluan asas dalam hidup..sekurang2kurangnya ade tempat berteduh hak mutlak kami sekeluarga...dr segi perbelanjaan bulanan, Alhamdulillah n InsyaAllah masih lagi cukup dan terdaya utk memberi yg terbaik utk anak2....dan memang tak dinafikan sentiasa berusaha utk menambahbaik apa yg ade dr masa ke semasa...
Syukur kehadrat Ilahi dengan apa yang diberi buat setakat ini...harta yang paling tak ternilai adalah anak2 yang menjadi nadi kehidupan seharian...teletah mereka yang adakalanya memenatkan, tp itulah nikmat yg tidak ternilai... Pada ketika ini kita mengecapi semua ni, barulah erti kehidupan itu dikatakan lengkap dan sempurna...Dengan tanggungjawab dan tanggungan yang semakin bertambah ini, menjadi peransang utk aku dan hubby strive utk mencapai yang lebih baik lagi...

Cuma, tugas ku sebagai guru yang berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar (masa kini) yang sedikit sebanyak membimbangkan aku..Diusia mentah mereka masih tidak dapat melihat apa yang dikatakan 'cabaran masa depan'....Segelintir masih lagi leka dan alpa dlm mencorak masa depan mereka...Agaknya, duit bleh jatuh dari langit ke??...Allah pun dah menjanjikan 'apa yang diusahakan, itulah yang diperolehi'....Tanggungjawab belajar tu bukan utk diri sendiri saje..malah utk membela nasib keluarga..apatah lagi kalu keluarga yg kurang berkemampuan...Tidak dinafikan, kawasan SMKS2 ni mmg dalam kawasan elit dimana sebahagian besar pelajar merupakan anak org 'ade-ade'la kununnya...tp, kalu harta berjuta ringgit pun, kalu takde ilmu, tak kemana la.....Amat jauh jurang pemikiran anak2 zaman sekarang dengan mereka yang sezaman dengan ku...Terasa betul impak globalisasi nya....Setiap hari jugalah aku berdoa agar anak2 aku sentiasa dipelihara akal fikiran dan tingkah laku agar menjadi anak2 yang soleh dunia akhirat....

Dengan peningkatan taraf hidup dewasa ini, pendapatan isi rumah yang lebih drp 6k sebulan pun blom tentu dapat hidup mewah skang beb..sekadar selesa nak survive...mana taknye, bayaran rumah, kereta2, perbelanjaan makanan, bil itu dan bil ini..patutla aku penah terbaca pendapatan isi rumah dibawah 3k dah dikira berpendapatan rendah kt Malaysia ni...Kaya rupanya negara kita ni tau....mana taknye, tax sana sini...hahahaha....


Walau bagaimana senario masa kini, kehidupan tetap perlu diteruskan..bak kata omputih, life must go on...Kehidupan ni pun singkat...enjoy! dan juga lupa bekalan dunia akhirat..ade mase kite jumpa lagi!....




No comments:

Post a Comment