



Assalamualaikum...
Hmmm...lamanya tak update blog..maklumla..cuti..."no network coverage" la katakan..hehehe...cuti CNY ku ambil kesempatan dgn menyetelkan medical check up bibik n balik kampung! Hoorayyy...and kelas tiusyen pun dah bermula..alhamdulillah..students memberi respon yg baik...
So, Isnin, 7hb Februari, sekolah dibuka semula a.k.a coti kira abis la...tp hari ni aku tak dapat bercakap byk dalam kelas krn Tonsil ku yg membengkak..nak telan air liur pun sakit beb...tp bila memikirkan student yg nak periksa..dtg jugak aku ke skolah...(nk kata ckgu berkeliber, ceh!)....n tambah lagi satu, hari ni aku kene attend Mesyuarat Agong Kadet Polis kt IPK Negeri Seremban...Selesai saje meeting aku diserang 'Bingung Syndrome'..hahahaha..mesti mcm bangang la bila membacanye kan...sebenarnya aku bingung, keje aku cikgu..tp kadang2 mcm pegawai polis pun ade gak..kene menembak M16 segala bagai..menembak pistol la..nasib meriam takde dlm modul...
Bila cakap hal keje, ni lah yg aku nk share ni....Kerjaya sebagai Pegawai Pelajaran Siswazah a.k.a Cikguuu ni mmg mulia dimata masyarakat..dats why aku amat meminati kerjaya ni..tp, dek kerana arus globalisasi, kerjaya ni semakin dipandang enteng dimata masyarakat khususnya golongan elit..namun, diakui, masih ade lagi dan ramai lg manusia yg menyanjung tinggi kerjaya ini, cuma pada pandanganku, sejak akhir2 ini, guru sudah mula dipandang sinis..rasanya hanya sebilangan sahaja ibubapa yg menyemai dalam diri anak2 agar menghormati guru...mungkin senario ini berlaku di urban area mcm sekolah aku, tp rasanya sudah sampai masanya tindakan untuk memperbetulkan kembali keadaan dijalankan dengan drastik...merenung tajam kearah murid pun bleh mendatangkan marah pd parents...hahaha..rasanya, aku masih igt lg libasan rotan ustazah yg hinggap dibelakang badan..meliuk badan menahan sakit...rasanya nk bgtau ayah ngan mak pn takut, bukan krn apa, takut bertambah plak libasan tu nnti....tapi setidak2nya, aku berterima kasih atas libasan yg berjaya menjadikan aku 'seseorang'....Terima Kasih Cikgu!
Selalu wujud percanggahan pendapat antara guru dgn parents...tulah, hanya guru yg memahami guru...rasanya dek kerana layanan manja, aku perhatikan students generasi baru ni kadang2 tidakk mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri...semuanya perlu digerakkan...tidak ade lg sikap kompetitif..rasanya dulu waktu aku bergelar students, cikgu hanya bagii ABC selebihnya students2 la yg menyiapkan hingga ke Z...students sekarang umpama, nakk disuap, tp buka mulut pun agak malassss.....mcm mana tu???
Namun, tidak dinafikan, masih terdapat golongan yg menyanjung tinggi profession ini...aku tidak merungut, hanya meluahkan ape yg ade dlm fikiran..jauh sekali membenci dan mengutuk pelajar2... semua ni umpama cabaran yg harus ditempuhi...sesuai dgn frasa yg agak klise..'guru umpama lilin"...mungkin, trend guru sekarang perlu berubah...perlu menjadi 'user friendly' lgi...sesuai dgn kerjaya guru yg aku anggap Multi purposed!....
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment